icon-search
icon-search

Ramadhan yang mulia

Tibanya Bulan Penuh Kemuliaan, Bulan Ramadhan


Ramadhan Kareem hadir setelah pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi impak dari COVID-19 dan bencana alam. Kini, Ramadhan Kareem muncul membawa bersama cahaya, harapan dan ketenangan selepas segala dugaan yang kita hadapi. Cahaya, harapan dan ketenangan yang begitu didambakan selepas segala kesakitan dan kepayahan yang dilalui. 

Masa bergerak begitu pantas dan kini kita sudah menjejakkan kaki ke 13 Ramadhan. Menyambut Ramadhan Kareem tahun ini dalam Fasa Endemik membawa kita kegembiraan walaupun masih perlu hidup dalam kekangan SOP COVID-19. Kita belajar untuk hidup, beradaptasi di dalam hidupan gaya baru ini. Kita kini cuba menormalkan kembali hidup kita senormal yang mampu. Sembahyang tarawih di masjid, berkunjung ke bazar seperti dahulu, makan di luar dan meluangkan masa bersama keluarga, semua tradisi yang terpaksa ditinggalkan selama dua tahun kerana COVID-19.

Namun, kita tidak dapat nafikan masih ramai di antara kita yang cuba sedaya upaya untuk bangkit kembali berdiri di atas kaki sendiri selepas tersungkur kerana pelbagai cabaran sepanjang dua tahun ini. Jadi, marilah sama-sama kita luangkan masa mensyukuri apa yang kita ada dan sentiasa bersyukur kita masih diberi peluang untuk bernafas bagi menyambut bulan penuh kemuliaan ini bersama-sama dengan keluarga tersayang. 


FahanaYahya



Older post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.