icon-search
icon-search

Lara kerana banjir

Tatkala kita masih cuba mengadaptasi kehidupan di fasa endemik selepas teruk dibadai oleh COVID-19, kini kita kembali berduka dengan banjir teruk yang melanda Malaysia. Banjir baru-baru ini menjejaskan kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu serta Kelantan. 


Selangor dan Kuala Lumpur menjadi tumpuan kerana kawasan yang selalunya tidak berhadapan dengan banjir besar berdepan detik cemas dengan banjir berskala besar yang melumpuhkan kawasan yang terlibat. Hal ini terjadi akibat tempias lekukan tropika yang merentasi semenanjung Malaysia serta Laut China Selatan yang membawa kadar hujan yang amat tinggi selama 3 hari. Situasi diburukkan lagi dengan kejadian air pasang besar yang menjadikan situasi ini lebih kritikal dan meruncing. Banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor semakin surut. Namun, situasi banjir di negeri-negeri di Pantai Timur kian meruncing dan apa yang lebih merisaukan dijangkakan kita bakal berhadapan dengan banjir gelombangan kedua dan ketiga. 


Pada yang tidak bernasib baik, mereka berhadap dengan kehilangan orang tersayang, harta benda, tempat tinggal serta putus bekalan air dan tenaga eletrik dan ini semua mengingatkan kita tentang satu perkara, pentingnya untuk kita sentiasa bersedia dengan bencana-bencana seperti ini. AnnaOrked dengan ini ingin bersama-sama ingin berkongsi tips menghadapi situasi banjir


  1. Jangan panik. Jauhkan diri anda dari kawasan banjir dan cari kawasan yang lebih tinggi. Jika anda tidak boleh bergerak menggunakan kenderaan anda, jangan teragak-agak dan segera menyelamatkan diri anda.
  2. Pastikan anda menyelamatkan benda-benda yang perlu sahaja jika sempat dan mampu melakukannya. 
  3. Sediakan beg kecemasan yang mempunyai wang untuk kegunaan kecemasan, peralatan-peralatan, ubat-ubatan dan makanan yang boleh digunakan ketika kecemasan.
  4. Pastikan ada mempunyai powerbank yang boleh digunakan ketika kecemasan bagi memastikan anda tidak terputus hubungan dan mampu mencari bantuan ketika bencana banjir.
  5. Jika bantuan dari pihak berwajib lewat tiba, jangan tunggu. Gunakan media sosial untuk mendapatkan perkembangan semasa dan memohon bantuan sekiranya perlu. 

Marilah kita sama-sama berganding bahu dan saling membantu menghadapi situasi perit dan serba mencabar ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan kita mampu menghadapi dugaan ini dengan hati yang tenang.

Black White Initials Signature Logo (5).png



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.